Jom bunuh setan

Seorang lelaki berusia lima puluhan tahun baru sahaja kematin isteri akibat penyakit kronik. Kemudian datang beberapa tawaran dari orang tertentu menawarkan beberapa perempuan untuk dijadikan isteri baru dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu berkahwin semula memandangkan anak-anaknya sudah besar malah tinggal jauh di bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan, minum, sakit, pening si duda itu. 

Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam-dalamnya dia pun bersetuju untuk berkahwin. 

Selepas memilih dan beberapa orang calon isteri yang ditawarkan oleh orang kampung maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan yang agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh tahun. 

Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti pengantin baru yang lain...... 

Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang khamis mengikuti kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan dengan pensyarah jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampung tersebut. 

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut. "Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh kannn...abang kann...dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan". Kata si suami "yerr kerr...Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai utuk bunuh syaitan kann.., betul tak sayanggg..." sambil ketawa. Isteri hanya tersenyum panjang. 

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata "banggg..., jom kita bunuh syaitan...bang". Si suami tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan...bang". "tak pe...tunggula malam". Esoknya si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan...bang". Si suami diam sambil mengangguk lemah. 

Esoknya si isteri berkata "banggg.., jom kita bunuh syaitan... ". 

Si suami tiba-tiba marah dan berkata .......... "Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang.."

Peribahasa alaf baru

Peribahasa yg perlu dikongsi 

Peribahasa: Seperti anjing jantan dgn anjing betina. 
Maknanya: Dua orang yg pantang bertemu...asek nak beromen aje. 

Peribahasa: Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ketaik jugak dia hinggap. 
Maknanya: Orang kalau dah perokok tu...kalau dia berenti....akhirnya dia gerenti start balik punyer. 

Peribahasa:Sepandai-pandai tupai melompat, tak pernah masok ke sukan Olimpik jua. 
Maknanya: Jangan macam bagus....pasal yg macam bagus tu selalunya tak bagus.

Peribahasa: Biar putih tulang jgn putih muker. 
Maknanya: Kalau surat beranak dah letak orang Melayu jgn eksen nak jadi Mat Salleh plak... be proud of what you are. 

Peribahasa: Kalau tidak ader angin masakan satu LRT boleh bau busuk? 
Maknanya: Ada orang kentotlah tu... 

Peribahasa: Seperti kacang luperkan mamak kacang putih. 
Maknanya: Orang yg tak sedar diri....tak kenang jasa baik orang yg muler-muler memfofularkan dia. 

Peribahasa: Ader udang di sebalik udang lain 
Maknanya: Jgn sangka yg duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang....check betul-betul, mesti ader sorang lagi kat bawah ke....kat tengah ke...tengah baring ke. 

Peribahasa: Biar mati anak jgn mati pucuk 
Maknanya: Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak......btol tak? 

Peribahasa: Sudah jatuh ditimpa piano 
Maknanya: Nasib malang yg tak agak-agak. 

Peribahasa: Hidung tak mancung, gigi pulak yang mancung. 
Maknanya: maknernyer . . . 

maknernyer................ 
maknernya................. 
maknernya................. 
maknernya................. 
maknernya................. 
maknernya................. 
maknernya................. 

Jangan nak tersengeh-sengeh kat depan PC...... 
Pergi lah buat kerja!!!!!...:D :D :D Secantik bunga..semanis madu..jauh melangkah..ingat Pesan IBU..sekeras kerikil semangat harus JITU.. 
Life is wonderful.. enjoy your life b4 sadnes come to your life.

Dihantui roh si mati

Kisah berlaku hasil cerita seorang kawan yg pernah digangu roh abgnya selepas 3 hari mati. Dia kata abgnya mati sebab kena 'main' org. Aku pun tertimbul idea cakap yg aku rasanya tahu mesti roh abg dia tak aman. maka dia pun bercerita... 

As usual kekadang org cina nih suka masok kubur dgn harta diaorg. So, abg dia dgn handset, laptop, PS2 suma sekali ikot masok. Dgn harapan abg dia dpt la mati aman sikit. So, lepas sehari...kemurungan dalam keluarga tuh masih ada. Jadi dgn cara sembahyang je diaorg lupakan kisah tuh. Sampai la ke hari kedua...mereka seolah dihantui roh si mati. Kawan aku cakap dia rasa setiap kali mcm ada sesuatu je yg panggil dia. Tapi dia buat dek pasal takut. 

Sampai la mlm kedua tuh...dia dgr ada org ketuk tingkap dia. Dia takut sangat, terus sambung tidur sambil menekup muka dgn bantal dan anggap semua tuh mimpi karut jer. Sampai ke hari ketiga...satu keluarga mmg rasa seolah olah diperhatikan ke mana sahaja mereka berjalan dlm rumah. Dlm hari tu la kedengaran bunyi org selongkar almari...tapak kaki naik turun tangga...suara memanggil dari tingkat atas. Tapi semua buat dek jer..doakan benda tu berlalu pergi. Sampai le tetiba handset si kawan aku berbunyi...dia angkat terus dan tetiba "Alo..adik yer?" Dia terkejut...dia tgk nombor tuh...mmg sah nombor abg dia. 

Maka dia pun jawab balik "Abg ke?" dan serta merta air mata mengalir sebab dia rindu sangat dgn abg dia. Abg dia pun reply balik "Adik...abg tak boleh lama nih. Abg cuba panggil adik tiap malam..tapi adik tak dgr" Kawan aku menangis je dgr keluhan abg dia..."Adik, abg nak adik tanya dekat mak" kata abgnya. "Apa dia bang?"Kata kawanku. 

"Tanya mak...mana dia simpan charger hp abg? letih carik tak jumpa plak~"

Pesanan dari isteri

Seorang penumpang lelaki menaiki bas untuk ke bandar.. jari tangan kanannya seakan mengembang seolah-olah mencengkam sebiji bola. Kalau ada goyangan dan terlanggar oleh penumpang yang turun dia pasti mengelaknya dan berhati-hati. 

Penumpang lain berfikir bahawa mungkin tangan kanannya itu sakit atau cacat. Tak lama kemudian tangan kirinya ditangkupkan untuk membentuk ukuran yang sama seperti yang kanan. Setelah selesai tangan kanannya disandarkan dan kelihatan seperti biasa, digantikan pula dengan tangan kiri yang nampak seperti memegang bola. 

Penumpang lain jadi kehairanan. Kenapa orang ini. Tangan kanannya ternyata tidak sakit atau cacat... Lalu setelah sampai di stesen bas… lelaki tersebut pun hendak turun... Lalu ada seorang penumpang memberanikan diri untuk bertanya. 

"Bang.. kenapa tangan kiri abang tuu.. sejak dari tadi macam memegang bola.. tangan abang sakit ker..?!!". 

"OOOOoo yang ini ya… sebenarnya saya membawa pesanan isteri saya untuk membeli bra dan ini adalah ukurannya...” kata lelaki tersebut sambil mengangkat tangan kirinya 

Lelaki tersebut dan penumpang lainnya hanya melopong sambil berdesis "Oooo ...." 

sanggupkan anda menunaikan pesanan mcm nie hehehe

Mata Pelajaran Ilmu Hisab (18SX)

Mata Pelajaran Ilmu Di sebuah sekolah rendah Kg Merapu, seorang guru sedang mengajar mata pelajaran ilmu hisab darjah dua. Tiap kali dia mengajar, dia tengok salah seorang anak murid dia asyik meludah dekat tapak tangan kemudian gosok dekat kepala. Hari-hari guru ni perhatikan tabiat anak muridnya itu, satu hari dia tanya... 

Guru: Boyot! Meh sini. Boyot: Saya datang cikgu. Guru: Tiap kali saya mengajar, saya lihat awak ludah tapak tangan kemudian sapu dekat kepala awak. Mengapa awak buat macam tu? 

Boyot: Apa yang cikgu ajar tak boleh masuk dalam otak saya cikgu!! Saya buat macam ni supaya apa yang cikgu ajar senang masuk dalam otak saya. 

Guru: Siapa yang ajar Boyot macam tu? 

Boyot: Emak saya, cikgu. 

Guru: Apa yang emak cakap? 

Boyot: Cikgu, bila malam saya tidor dengan ayah dan emak saya, lampu semua tutup, saya dengar emak saya cakap dengan Ayah saya.... "KALAU SUSAH-SUSAH NAK MASUK, SAPU AJER AIR LUDAH TANG KEPALA TU...BARULAH SENANG MASUK!!!" 

Guru: ????????????Hisab (18SX)

Apit nak ikut

Apit nak ikut... 

Di sebuah rumah setinggan, tinggallah sebuah keluarga dengan seorang anak lelaki, si Apit. 

Pada suatu malam, si Papa nak menunaikan tanggungjawap kepada si Mama. "sayang, abang nak lagi, yang". 

"Ya bang... tengok dulu si Apit, dah tidur ke belum?" 

Mendapat lampu hijau, si Papa terus teriak. 
"Pit... dah tidur ka kau pit?." 
"belum Papa... tengah baca buku." 
"Sudah...esok saja, dah malam ni, tidur!!!!" 
Kira kira 10 minit lagi, si Papa teriak lagi. 
"Pit.... dah tidur kau Pit? 
"Belum...." Si Papa marah dan memukul si Apit. 

"Disuruh tidur....tidurlah! !!" sehingga kening si Apit benjol. 

Esoknya di sekolah si Apit ditanya oleh gurunya, tentang benjol dikeningnya. 
Berceritalah si Apit dari awal sampai dia dipukul papanya. 
Lalu gurunya pun mengajar si Apit 

"Malam nanti... kalau ditanya lagi, kamu diam saja....ya." 
"Ya....cikgu" . jawab si Apit. 

Malam tu, dia terdengar Papanya bersembang dengan Mamanya. 
"Sayang, abang nak lagi." 
"Ya bang.....tengok dulu si Apit, dah tidur ke belum" 
"Pit.....dah tidur kau Pit? Si Apit teringat pesanan gurunya, 
maka dia diam saja, 
daripada kena benjol lagi, dia pura-pura tidur. 

"Apit....dah tidur kau Pit?" ulang Papanya. 

Apit tetap diam. Kerana tidak ada jawapan, maka Papanya terus mematikan lampu.. jadilah gelap gelita Si Apit ketakutan setengah mati, tapi daripada benjol, dia menahan ketakutannya. 

Terjadilah 'pertarungan' antara Papa dan Mama yang tidak diketahui oleh si Apit. 
Tak lama kemudian dia dengar suara Papanya. 
"Yang...abang nak keluar ni", 
"Ya...bang kita keluar sama-sama", Apit dengar suara Mamanya menjawab. 
Dengan segera si Apit bangkit dan berteriak kuat; 

"Apit nak ikutt...Apit nak ikuttt!!!!" 

Esoknya....APIT BENJOL LAGI...... Hehehe.. sian Apit. Dia tak bersalah :p

Bahaya menggunakan DIGI

Kajian baru-baru menunjukkan Digi (016 atau 014) tidak selamat digunakan. 

Apabila anda guna line Digi dan rakamkan dalam camera, dan perhatikan elok-elok... . anda boleh perhatikan kelibat seekor penunggu bewarna kuning akan mangekori pengguna tersebut. Jin atau toyol kuning ini akan ikut anda ke mana-mana: laut, gunung, hutan, dalam komuter, malahan dalam kereta lalu kat terowong pun dia ada gak. 

Tak seram ke bila sentiasa diekori macam tu? Dah lah botak, pendek, tembam dan berwarna kuning cerah, makhluk ni jugak akan mengajuk-ajuk pergerakan anda! Pada masa yang sama, mereka akan menari-nari dan menyanyi lagi "I will follow Him" dari filem 'Sister Act 1' yang diubahsuai liriknya. 

So, hati-hati dengan pengguna Digi yang dekat dengan anda, kerana anda diperhatikan. Gunalah Celcom atau Maxis, macam saya. 

P/s: Ni bukan rekaan. Tetapi saya lihat sendiri dengan mata saya kat TV baru-baru ini. Kenapa, tak percaya? 

hampeh.. :lol:

kenapa kedah tak diserang portugis

1908 > alfonso de la boorg menyampaikan hasratnya kepada raja portugis untuk meluaskan pengaruhnya ke asia tenggara ( melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagagan timur barat raja portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 
(158 biji kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera 

1909> Portugis menghantar perisik ke melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana 

Oct 1910> alfonso berjaya menawan melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal ( hang tuah, hang lekir, hang lekiu, hang jebat dan hang kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak alfonso, untuk menawan melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara .. akhirnya dapat juga menawan melaka setelah hampir kecewa dan putus asa ... 

1912> setahun 12 bulan kemudian alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke kedah dan p.pinang, yang kitika itu adalah pusat pengeluaran tebu untuk gula rantau ini ... 

feb 1912 > alfonso menghantar perisik ke kedah dan pulau pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana ( Kedah dan p.pinag) mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar kedah dan pulau pinang untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan ... 

Semiggu selepas FEB 1912> Perisik balik ke melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso 

Dibawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan al fonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah: 

Perisik 1.2.3> selamat pagi tuan ( sambil bertabik) 

al fonso > selamat pagi 
Perisik 1 > Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan kedah dan pulau pinang 
al fonso > Kenapa kuat sangat kah mereka itu ..? ( dengan nada marah dan bongkak) 
Perisik 2 > Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang tuah, hang jebat, hang kasturi, hang likir dan hang lekiu pun kita kehilagan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan kedah dan perlis yang mempunyai beribu ribu hang.. 
Perisik 3 > Betoi tu tuan ... antaranya hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu mana, hang pi mana, hang nak p mana, hang singgah dulu, pungkok hang, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang macam macam lagi hang ada kat sana ..... 

Mendengar hasil risikan itu alfonso pun tak jadi nak pi serang kedah dan pulau pinang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu melaka amat ngeri ...... ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat kedah dan pulau pinang.

Baju Cinta - Rahsia Isteri Melayani Suami

Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu dgn tanpa seurat benang pun di badannya. 

Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata, "Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja nie nek!".. 
"Yg kau telanjang tu nape!!!???" marah si nenek. 
"Ini la BAJU CINTA saya" balas si cucu perempuannya. 
"BAJU CINTA ??" si nenek kehairanan. 
"Ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya. 

Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek." pinta si cucu perempuannya. Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami. 

Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea. Fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur. Sesampainya di rumah, si nenek tadi terus menanggalkan semua pakaiannya, mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. Kemudian si nenek tadi pun menunggu si atok pulang. Beberapa ketika si atok pon pulang. Sebaik saja pintu di buka, si atok mendapati si nenek berbogel kat depan pintu.... 
"Awat hang nie? Dah buang tebiat keeer???" 
marah si atok tadi. "Ini lah BAJU CINTA saya bang" 
kata si nenek tadi. "BAJU CINTA???...... 
Kok iyea pun..... IRON la dulu baju tuh!! nampak sangat kedutnyer....."

Kisah Sedih Pilu

Betullah bak kata orang. Bila ada di depan mata, tak pernah di hiraukan. Malahan, tak berterima kasih dan bersyukur langsung akan kehadirannya. Kini, barulah aku sedar akan hakikatnya.. aku terpaksa menerima kenyataan yang dia sudah tiada lagi disisiku. Malahan aku terpaksa menerima hakikat bahawa dia bukan milikku lagi. 

Sebak di dada kurasakan. Menitis air mataku mengenangkan sejarah silamku dan dia. Tiada siapa yang dapat memahami akan perasaanku yang terluka. Aku menyendiri, tak mahu berjumpa dengan sesiapa. Tak mahu berjumpa dengan mak dan ayah yang telah memisahkan kami berdua apatah lagi dengan wanita yang bakal menjadi isteriku itu. Biarlah aku pendam sebuah luka di hatiku. 

Kini, malamku terasa begitu sunyi...tidak seperti dulu sewaktu aku bersamanya. Sukar untuk aku melelapkan mata. Ku pusing ke kanan,ku pusing ke kiri, tak bisa juga aku melelapkan mata. Dia kembali menerjah ke fikiranku. Oh tuhan...mengapa ini mesti terjadi pada diriku? 

Mengapa sanggup kedua ibu bapaku memisahkan kami berdua? Tidakkah mereka tahu hubungan yang terjalin setelah sekian lama ini? Tidakkah mereka mengerti bahawa aku tidak boleh hidup tanpanya? 

Aku tak dapat menahan lagi kesedihan yang ku pendam dan sebak di dadaku. Tanpa ku sedari, aku meraung sekuat hati "Kamu semua kejam, kejam, kejaaaaam" 

"Kenapa dengan kau ni?"...ayah tiba tiba muncul didepanku. Dalam hatiku seraya berkata "eleh...sudah gaharu cendana pula...sudah tahu bertanya pula orang tua nih". Mak menghampiriku dan duduk disebelahku. 

"Man, bukan niat ayah dan mak engkau nak buat begitu. Ini untuk kebaikan kau juga. Takkan bila dengan si Milah tu pun kau nak bawa dia bersama? Apa kata Milah nanti?" 

"Apa berdosakah Man kalau Man bawa dia bersama? Kalau Milah sayangkan Man, Milah akan terima dia sebagai madunya. Apa salah dia? Apa salah kami, mak, ayah?" 

Tiba tiba ayah naik berang "Tak salah kau kata? Halo...umur tu dah berapa.... kahwin kau minggu depan je lagi. Takkan kau nak bawak bantal busuk kau tu sekali? Mangkuk ayun punya anak".

Punca Kejatuhan Melaka Di tangan Portugis

Al-kisah eh.. punco sobonar kejatuhan kerajaan Melaka pd Portugis bukanlah seperti yg sering diwar-warkan kepado kito. Ginilah cerito sobonar eh.... 

*Sultan Melaka telah mendapat perkhabaran dari hulubalangnya, bahawaperairan Selat Melaka telah dipenuhi dengan kapal perang Portugis. Menyedari hakikat bahawa kerajaannya tidak mahir untuk menyusun strategi peperangan.. maka Sultan telah menitahkan bendaharanya supaya pergi ke Negeri Sembilan untuk meminta bantuan. 

Setibanya di Sg. Ujong (sekarang soromban).. bendahara Melaka telah mengadap Sultan N9 dan menyatakan hajatnya Sultan Melaka untuk meminta bantuan kerajaan N9 memerangi askar Portugis yg mahu menakluki Melaka. 

Sultan N9 dengan berbesar hati ingin membantu dan mengerahkan seorang panglimanya yg paling gagah berani serta bijak merencanakan strategi peperangan untuk membantu Melaka. 

Maka dengan itu berangkat pulanglah bendahara tersebut bersama-sama dgn panglima N9 ke Melaka. Setibanya di Melaka.. panglima N9 dengan tidak melengahkan masa menyusun strategi askar-askar Melaka di tepian pantai Melaka. Pada masa ini..telah kelihatan banyak kapal-kapal Portugis telah menghampiri kawasan pantai Melaka. 

Panglima N9 pun berkata ; " Bilo den bagi tando untuk mulokan sorangan.. semuo bersedio.. paham ?!! ".. disertai dengan sorakan askar-askar Melaka. 

Tiba saat yg ditunggu.. kapal Portugis pun berlabuh dan turunlah askarnya satu persatu memikul senjata. Panglima N9 pun menjerit.. 

" SORANNGGGG...!!!!! " .. 

maka bangunlah SEORANG askar Melaka.. baru melangkah dua tapak.. mati kena tembak. Panglima N9 jerit lagi.. 

" SORANG LAGIIII...!!!!! " ..

bangun seorang lagi askar Melaka.. mati jugak kena tembak.... 

Terkejut panglima N9 tadi bila toleh kebelakang dilihatnya kesemua askar Melaka telah pun habis mati ditembak, maka cepat dia berhenti dan mengajak kesemua askar N9 balik N9 semula. 

Begitulah kesudahannya.. sampai habis semua askar melaka.. sorang bangun.. mati.. sorang bangun..mati. So.. moral of the story.. Melaka tewas di tangan Portugis adalah kerana masalah bahasa.

Surat Buat Anak Abah Yg Blom Lahir Lagik

anak abah, 
abah tulis surat nih mase nko blom lahir lagik. abah pon kompius nak soh nko panggil abah ni abah ke ayah ke papa ke daddy ke... tapi lantak la. abah bahasakan diri abah dulu la yerk nak? 
masa nko memula tumbuh lam perot mak nko nih ha. abah eksaited giler nko tau tak. maklom la lame dah abah nunggu sejak abah pk yg abah takmo anak lagik takut abah nampak tua. lagipon abah rase tak macho bila laki ensem yg gagah perkasa cam abah nih dukong anak hiks. 

kadang² bila mak nko montah² pening loya nak itu nak ini. abah rimas beno nko tau tak? abah rase nak sekeh² jerk nko. rimas abah nko tau tak hiks... mak nko lak ngengade nak itu ini tengah² malam merengek huh! kengkadang abah ngah tido kol 3 pagi mak nko soh abah pegi 7eleven beli asam kecot. walaupon 7 eleven 24 jam tapi abah sangat arh tensen idop cenggitu. memula jerk abah leh layan lelama abah nyampah! ptoih! 

pastu masa nko dah besor sikit. perot mak nko pon besar gak. mase tulah mak nko ngidam benda² merapu. dia nak abah bawak dia jalan² je takmo dok umah. abah memang tensen nko tau tak... abah rase ilang macho abah bawak pompuan ngandong perot besor. tapi tu tak bermakna abah takde sifat kebapaan. abah sangat rase syok gile bile mak nko ngandongkan nko. tapi tu arh cam abah cakap tadik. abah hambik masa sikit nak bagi nko idop lam perot mak nko untuk tempoh 9 bolan nih. nko pon dah nak lahir dah nih. abah redha jelah... 

nebes dan eksaited abah makin bertambah. 

esok due date nko nak. adui la saspen seh abah gini! seblom nko kuar esok, abah tulis surat nih nak gitau nko bahawa kehadiran nko nih mendebarkan abah. abah cuak giler nih nak sambot nko esok... kalo bulih abah nak tunda sket kelahiran nko... 
minggu depan ker 
bolan depan ker...
tahun depan ker... 
bulih tak nko kuar lambat sket? abah cuak arh hiks... 

dari abahmu.

kisah bakal bapa

"Al - Kisahnye......di sebuah hospital 4 orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di Hospital sementara isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan anak. 

Kemudian keluar nurse dan memberitahu kepada ayah pertama, "Tahniah, kamu sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua!" 

"Mungkin satu kebetulan" kata ayah pertama. " Saya bekerja di Twin Star Enterprised" 

Kemudian keluar pula nurse lain dan memberitahu kepada ayah kedua, "Tahniah! awak mendapat anak kembar tiga!" 

"Wooow!, mungkin satu kebetulan" jawab ayah kedua."Saya kerja di 3M Corporation" 

Keluar pulak nurse lain dan memberitahu ayah ke ketiga,"Congratulation! isteri you dapat kembar empat," 

"Alhamdulillah! Mungkin juga satu kebetulan". Saya kerja di Four Season Hotel!" 

Pada masa ini ayah yang ke empat kelihatan amat tidak menentu dan gelisah. 

Kesemua ayah-ayah yang menunggu pun bertanya, "kenapa risau sangat??" 

Jawab ayah keempat,"Saya bekerja di Seven-eleven"

Kisah Seram Uitm Shah Alam

Cerita ini telah diceritakan oleh seseorang kepada saya. Perkara nie jadi 2 tahun lepas....masa tu member aku belajar kat itmshah alam masa dok kat kolej jati seksyen 2 tuh.... dia nie kira berani jugak orang nyer.... susah ler aku jumpa orang cam dia nie....kira kalau setakat lepak kat padang kawat uitm shah alam tuh sampai pukul 2 pagi tu rilek jerk.. isk tak berani aku....korang? sampaikan pak guard and mak guard pun dah naik maleh nak tegur sikap dia tuh.. Gamaknyer pakguard pun takut nak tegur kot tapi memang berani mamat sekor nie... 

Nak dijadikan cerita nyer.... satu hari tuh dia gaduh ngan awek dia dak mass comm....... so malam tuh dia tak bleh nak tidur... asyik mengenangkan kes siang tadi.... jadi dia keluar dari bilik then lepak kat satu kawasan yg agak tinggi yg ader kat uitm s/a tuh............. sedang dia lepak untuk menikmati keindahan alam........dia perasan ader 3 objek di bawah cerun bukit yg dia sedang lepak tuh..... aku memula ingat dia nak lari ker ..aper ker....rupanyer member aku nie kata Dia stay kat situ gak sebab dia kata nak tengok benda tuh... aiseh... kalau aku ler..dah lama hilang... member aku nie stay tengok benda tu...benda tuh melompat-lompat mendaki lereng bukit itu dan jelas menuju kearah... member aku nie... bila member aku nie tengok bebetul dia kata benda tu tak ubah seperti antu pocong!!!!! isk...ngeri giler ... tapi ader satu keanehan ... member aku kata masa dia tengok benda tuh...dia pun dah nak lari dah..tapi kaki dia dah lembek giler... nak melangkah pun dah tak boleh dia kata... member aku kata dia hanya berserah jerk.... macam aku cakap tadi.. ada satu keanehan..dimana... semasa objek tuh sedang mendaki lereng bukit tuh... salah satu daripada benda yg macam antu pocong tuh jatuh dan bergolek golek jatuh kembali kebawah..... Bila member aku nie tengok salah satu dari lembaga tu jatuh,dia terkejut laa jugak.. dia terus perhati.... perhati punyer perhati....satu lagi lembaga tuh jatuh..... tapi satu lagi terus meloncat loncat menuju kearah member aku nie..... member aku nie agak takut sikit..tapi nak lari dah tak bleh dah.... sian kat kawan aku nie..kan........ tu la berani sangat......lembaga tu terus meloncat-lompat kearah member aku nie..... tiba satu masa tu lembaga tuh dah ader didepan dia..........entah camana member aku jadik berani plak..... Dia tanya kat lembaga tu...... dia tanya cam nie.... "hoi lembaga.....kenapa member ko tuh jatuh kebawah..tak macam ko boleh melompat-lompat lagi.........."? Lembaga tu jawap plak.... "diorang tu pakai bateri biasa jerk... pakcik pakai..energizer...." he he he

Salah Tafsir

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

"Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2." 

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu. Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya. 

"Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi??" 

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK.

kisah pakwe yang hampeh

Kenapa sayang tak nak angkat telefon bila abang call handset sayang tadi... janganlah sayang merajuk lama2 sangat.. betui... abang tersangatlah rindu kat sayang... .. 

walaupun muka abang ni agak macho dan comel... . janganlah sayang jeles kat abang kalau2 ada awek lain yang asyik pandang2 dan senyum2 kat abang masa kita pergi dating... . biasa la itu... 

Apa... tak muat kan sayang dah test cincin tu masa kat kedai emas apek tu tadi... Kenapa la tak muat pulak... . janganlah sayang risau... . duit cincin yang sayang bayarkan tadi..esok2 abang bayarla balik kat sayang... .. 

sayang pun sedia maklum... .abang bukannya tak ada duit.. tapi duit tu abang dah belikan graphic card baru kat pc abang... . RAM pun abang dah beli yang baru... tambah lagi sekeping... kasi power sikit... . tu belum masuk nak tukar harddisk baru lagi tu... . 

abang tau sayang marah sebab abang yang selamba katak saja melompat longkang depan kedai apek tu tadi tanpa menunggu sayang melintas titi... . bukan abang tak gentleman.. tapi abang cuma memeriksa kalau-kalau ada bahaya di seberang sana... maafkan abang... tobat, lain kali abang tak buat lagi... ... . 

Kes masa makan kat kedai mamak tu tadi... sorry la... abang ingatkan nak test saja mee goreng sayang itu... . soksek..soksek... masa sayang pergi toilet.. tak perasan pulak..dah habis... sedaaaaaaappppp... .!! tapi kan abang dah ganti dengan roti canai kosong abang?? tak sedap ke roti canai kosong tu udah lah tu... . janganla merajuk lama lama... 

Oh yaa..!! henset kita ni kita tukar dulu la yee... abang pinjam jaap henset sayang... nanti abang tukaq la balik... . sayangkan ada handbag besar.. senang nak simpan henset abang yang besar tu... Hehehehe .. henset sayang kecik... boleh abang simpan dalam kocek abang... ... ... 

Betuuuul... ... ! semalam abang dah booked tiket cerita Salon itu... . abang ingat la kan... cashier cineplex tu lupa nak key in dalam komputer dia la... .. pasal tu la tiket dah habis... .. 

lagi satu... . sampin dan songkok ayah sayang yang abang pinjam untuk hari raya aritu... kira pinjam terus la yee... . boleh jugak guna masa hari nikah kita esok2... .. bukan abang tak nak beli baru... tapi sayang la... benda elok lagi... . buat apa nak beli baru kannn... tapi sayang jangan bagitau kat ayah sayang pula... .. ayah sayang sure tak perasan punya sebab nanti abang dye la sampin tu dengan warna lain... . 

buat masa ni motor abang masih dalam wokshop.. entah apa entah pomen tu buat tak siap2 lagi.. jadi Gen2 sayang ni... kira abang pakai dulu la yee untuk pergi kerja... . 

sayang bukan tak tau... tempat kerja abang kan jauh... . sayang pergi kerja naik LRT pun bolehh... .. lagi satu... besok sampai kat opis sayang nanti... ..sayang tolong bank-inkan RM300 kat akaun abang ye.. bukan apa... ... Gen2 sayang ni kuat mentekedarah minyak betuii... . motor kapcai abang pun tak begini... ... . 

okeyla sayang... ... dah cakap lama ni... .. jangan lupa top up kan prepaid abang nii... ... esok2 senang abang nak call sayang lagi.

kisah 2 hantu

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya, 

"Apsal kau ni asyik menggigil je?" 

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi. 

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah. 

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B. 

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu. 

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.." 

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang." 

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat. 

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan. 

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata, 

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

Cerita sedih bila lif rusak

Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah.Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi... . 

si A : Macamana ni...rumah kita lak atas sekali? 
si B : Aduhhhh...bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..? 
si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje...kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik 
si A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita lawak...kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa...biar kita serius dengar cerita. Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. si A mula bercerita... . 
si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku...aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku....bla bla bla bla bla....... 

Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh leleh...sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata...kemudian mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita... . 
si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalan kemalangan jalanraya... aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang...bla bla bla bla...... 

Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih....punyalah lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi... sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, si C mula menyampuk 
si C : Alaaaaaa...korang punya cerita tak sedih lagi...cerita aku lagi sedihhhh punya. 
si A : kau ada sejarah hidup sedih juga ke...?
si C : emmmm...mungkin hari ini dalam sejarah... 
si B : cerita aje le...kita dah tinggal 4 tingkat je lagi 
si C : aku sedih kerana...KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA.

Pak Haji Sekupang

Kisahnya bermula begini.... 

Dalam sebuah kampung ada seorang Pak Haji yg mempunya dusun buah-buahan seperti rambutan, durian, dokong, maggis dan banyak lagi. Tak jauh dari dusun pak haji tadi ada sebuah rumah yg diduduki oleh seorg janda dan anak daranya. Kedua beranak nie selalu menggunakan laluan dusun pak haji tadi utk keluar ke jalan utama atau kalau nak ke kedai dan sebagainya. 

Satu hari anak dara janda tadi nak ke kedai dan dia melalui laluan dusun pak haji tu lah, pada masa tu juga musim buah-buahan sedang masak, jadi rasa teringin jugalah nakmakan buah rambutan...maka anak dara janda tadi tanpa berfikir panjang panjat pokok rambutan pak haji tu....sedang dia leka makan buah rambutan atas pokok tadi, kebetulan pak haji singgah melihat dusunnya, dan beliau pun hairan melihat pokok rambutan dia bergongcang-congcang, lalu di amati dan beliau sungguh terkejut melihat anak dara janda tadi yg panjat pokok rambutan dia...dan dari bawah pak haji melihat anak dara tadi hanya pakai kain sarung shj dan tak pakai seluar dalam pulak tu...pak haji pun menyuruh anak dara janda tadi turun...dengan perasan gementar anak dara jandi tu turun...dengan senyum pak haji mengeluarkan note RM50 dalam beg duitnya dan diberikan kepada anak dara janda tadi dan berkata...tak elok anak dara panjat pokok rambutan tambahan lagi tak pakai seluar dalam pulak tu...so dia kata RM50 tu utk beli seluar dalam...dengan gembira anak dara janda tadi pergi beli seluar dalam dan bila pulang ke rumahnya dia beritahu pak haji bagi dia RM50 sbb panjat pokok rambutan dia tak pakai seluar dalam.... 

Janda tadi pun berfikir dan tersenyum...dalam hatinya berkata esok aku nak buat cam tu juga lah...dapat juga RM50...hehheheh 

Keesokan harinya, janda tu pun buat seperti anak dara dia buat semalam dan pak haji kebetulan singgah kat dusun nya juga...macam semalam juga pak haji suruh turun..dan janda tu rasa gembira sbb dia nampak pak haji keluarkan dompeknya...pak haji hanya bagi sekupang shj...sambil berkata...awak pergi beli MATA PISAU CUKUR, DAH TAK ELOK...BERSERABAI JER AKU TENGOK.

tahukah anda?

Adakah anda tau? 

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni.. 

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa. 

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil. 

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses. 

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan. 

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka.. 

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada. 

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas. 

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321. 

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika. 

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'. 

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata. 

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala. 

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus. 

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad. 

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan. 

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum. 

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun. 

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan. 

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv. 

23. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk penduduknya. 

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung. 

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja) 

27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby'. 

28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri. 

29. Tahukah anda senarai ini tiada no 8. 

29. Dan kebanyakan pembacanya membaca fakta ini semasa waktu office... Pelik bukan! 

30. Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk mengesahkan tiada no 8. kan ? 

kekekeke!!!

Mari Berpantun

1. 
pisang emas di bawa belayar, 
masak sebiji je di atas peti, 
pasal pisang yang lainnya habis dibedal kelasi kapal tu. 

2. 
alang-alang menyeluk pekasam, 
biar sampai ke pangkal lengan, 
sebab tu lah pekasam tu masam, 
bila diseluk kena ketiak masam. 

3. 
sorong papan tarik papan, 
buah keranji dalam perahu, 
suruh makan engkau makan papan, 
kalau boleh engkau nak makan perahu tu. 

4. 
Tidur tak lena, 
makan tak kenyang, 
mandi tak basah, 
berak tak basuh.

Pepatah Pepitih Pepatung

1. alang-alang mandi biar guna sabun. 
2. bapak borek, anak rintik, emaknya pasti petak-petak. 
3. berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras. 
4. biar putih tulang, jangan kuning gigi. 
5. carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock. 
6. cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun. 
7. dari mana hendak ke mana , kenapa kau tanya,menyibuk pula. 
8. di mana ada gula di situlah ada gula-gula. 
9. di mana bumi dipijak, di situlah ada kesan kena pijak. 
10. diam-diam ubi, berisi, diam-diam orang, bisu. 
11. gajah mati meninggalkan gading,harimau mati meninggalkan belang, manusi mati meninggal dunia. 
12. habis madu sepah dikitar semula. 
13. sedikit-sedikit lama-lama tinggal sikit. 
14. harapkan pagar, pagar memang tak boleh diharap. 
15. hendak seribu daya, tak hendak tak apa. 
16. hidup segan, mati ditanam. 
17. hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik kalau hari tak hujan. 
18. jauh di mata sakit di hati. 
19. jika kail panjang sejengkal,beli le kail yang panjang sikit kalau nak ngail di laut (beli kapal tunda lagi baik). 
20. kais pagi makan pagi, kais petang simpan esok pagi. 
21. kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar. 
22. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah. 
23. kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili.
 24. lembu punya susu, cap teko dapat nama. 
25. makan hati berulam jantung dengan jeruk buah pinggang dan usus masak kicap. 
26. masuk teling kiri, keluar telinga kanan, tersumbat kat mulut, meleleh kat hidung. 
27. membujur lalu, melintang pukang. 
28. orang memberi kita merasa,orang tak beri kita paksa dia. 
29. patah tumbuh , hilang report polis. 
30. pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara, pondan tiang telepon. 
31. sambil menyelam tengok kapal selam. 
32. sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut.
33. sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut. 
34. sehari selembar benang, lama-lama benang habis. 
35. sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya tak dapat masuk olimpik juga. 
36. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian cukai pendapatan. 
37. tiada rotan pelempang pun berguna. 


Jangan Mandi Telanjang

Seorang gadis berjalan di sebuah kawasan dusun. Tiba-tiba dia bertemu sebuah kolam. Lalu dia segera menanggalkan pakaian dan bersedia untuk terjun. 

Tiba-tiba pemilik dusun itu muncul dan menjerit dari tempat persembunyiannya, 'Wahai Cik Adik! Tak dibenarkan berenanglah! Cik Adik tidak dibenarkan berenang dalam kolam ni!' 

Gadis tersebut tergesa-gesa mengambil pakaiannya. 'Kenapa tak larang saya sejak tadi, sebelum saya menanggalkan pakaian?' soal gadis tersebut. 

'Memanglah, kat sini tak dibenarkan berenang, tetapi Cik Adik tak dilarang untuk tanggalkan pakaian,' jawab pemilik dusun dengan selamba.

Kisah Isteri Cemburu Tak Bertempat

Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak ada kredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di tapak pembinaan. 

Selepas si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab. 

Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya.

 Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi. 

Si anak pun cakap "Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi".

Kisah Pada Suatu Malam

Kisah bermula pada suatu malam... Lebih kurang pukul 12:00 tengah malam. Mamat sorang nie Bersama rakannya nama terpaksa dirahsiakan) dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor melalui jalan Kepong. Setibanya dia di Ijok, di kawasan perkuburan Cina dan kawasan pembakaran mayat India ... tiba-tiba kereta yang dipandunya mengalami kerosakkan. 

Mamat nie tak dapat nak menghidupkan enjin keretanya, walaupun dicuba berulang kali. Walhal kereta tersebut baru sebulan pakai. Mamat nie dan rakannya pun menolak kereta mereka ke bahu jalan dan mereka cuba mencari bantuan jika ada kenderaan yang lalu. Malam dah gelap sapa nak tolong, kereta rosak tepi jalan. 

Tiba-tiba mereka terlihat sebuah bas sekolah yang datang dari arah Kuala Selangor. Bas tersebut bergerak terlalu perlahan walhal jarak bas tersebut dengan mereka tidaklah jauh, tetapi bas tersebut tidak jugak sampai-sampai. Mereka menggigil ketakutan, aper taknye, bas tak ada pemandu, tak der orang langsung, camane boleh gerak sendiri. Kaki mula tak boleh bergerak, mamat tu dah mula terkencing kat seluar, nak lari pun tak boleh, mulut kawan dia mula terkomat kamit membaca jampi serapah nak halau hantu, nak cuba lari tapi tak mampu, mamat tu mula tercium bau macam-macam! Waktu tu Tuhan aje yang tau betapa takutnye mereka. 

Bila bas tu dah semakin hampir, memang sah tak ader pemandu, Mamat tu dan kawan dia dah tersandar kat kereta menanti hantu nak cekik.. tiba2? 

"Bang, boleh tolong tolak bas ni tak, rosak la bang" Terdengar suara dari belakang bas, mereka ternampak dua orang lelaki India sedang menolak bas tersebut dalam keadaan yang termengah-mengah

Kisah Toyol (18SX)

Razak terpaksa ditugaskan keluar kota . Beliau menyewa sebuah banglo usang yang telahlama tidak berpenghuni. Pesan beliau pada isteri dan anak-anak, dalam tempoh seminggu beliau akan pulang mengambil mereka untuk tinggal sekali dengan beliau di banglo tersebut. 

Pada suatu malam, malam pertama, Razak terdengar riuh rendah di dapur. Dengan beraninya beliau menjenguk dan alangkah terkejutnya beliau mendapati seekor toyol yang sedang lahapnya menjamu apa sahaja makanan di dapur. 

Lantas, beliau membaca ayat-ayat yang pernah beliau pelajari dan dengan tiba-tiba toyol itu terketar-ketar memohon maaf padanya. 

Toyol : Maafkan aku.. aku lapar. 
Razak : Takper.. aku maafkan tapi dengan syarat. 
Toyol : Apa dia? Aku rela penuhi syarat engkau asalkan aku boleh makan. 
Razak : Syarat pertama, engkau jangan ganggu anak isteri aku nanti. 
Toyol : Alah... kacang ajer. 
Razak : Dan yang kedua..aku memang boleh bagi engkau makan yang sedap-sedap tapi engkau kena bereskan satu tugas.. 
Toyol : Apa tugasnya? 
Razak : (Sambil memusing badannya ke belakang dan mencabut seurat bulu ketiaknya) Nah... aku nak engkau luruskan bulu ini.. selagi ianya tak lurus selagi itu engkau tak boleh makan. 
Toyol : Alah... lagi kacang... 

Sejak malam itu, setiap saat dan ketika si toyol berkenaan menjalankan tugas yang diberikan. Saat berganti jam berganti hari, namun bulu tersebut tak jugak lurus-lurus..puas si toyol mencuba namun gagal..Sudah hampir 6 hari si toyol tidak makan..dia terlalu lapar. Namun memandangkan takutnya dia pada 'ayat-ayat' yang dibaca oleh Razak, beliau tetap tekun. 

Pada suatu hari seperti dijanjikan, datanglah isteri dan anak-anak Razak tinggal bersama beliau. Si toyol patuh pada syarat pertama. Sedikit gangguan pun dia tidak lakukan pada isteri dan anak-anak Razak. 

Pada suatu pagi, seperti biasa Razak ke tempat kerja. Tinggallah isteri dan anak-anak di rumah. Si toyol begitu leka meluruskan bulu ketiak Razak di hadapan pintu tanpa nampak dilihat oleh mata kasar anak-anak dan isteri Razak. Hanya Razak yang mampu melihat kelibat si toyol berkenaan. Sedang asyik si toyol menjalankan tugasnya, tiba-tiba.. gedebuk! 

Isteri Razak jatuh tersungkur di hadapan si toyol, maka nampaklah si toyol itu... 

Wuih banyaknya...! Alangkah terkejutnya si toyol...! 

Toyol : "Mak... mati aku... banyak lagi yang nak kena lurus.. matilah...!" 

Larilah si toyol lintang-pukang dan tidak datang-datang lagi ke banglo berkenaan. 

Korang teka sendirilah apsal si toyol tu lari.. Hehe

Bila Si Gila Diugut Si Gila

Mat, lelaki gila berumur 35 tahun baru saja terlepas dari wadnya. Beliau lari sekuat hati kerana dikepung oleh sepasukan petugas hospital. Tiba di tepi pagar Mat lantas memanjang satu tiang lampu yang tinggi. Ketua unit jaga yang mengawal hospital datang dan mengarahkan Mat turun, Mat tidak mahu turun. Datang pula pengarah hospital, "Mat! Turun Mat nanti jatuh", katanya. Mat tidak mahu turun juga. 

Dipanggilnya pihak bomba, "Mat! Turun Mat, kalu tidak kami potong tiang lampu ini" kata seorang pegawai bomba sambil mengacu-acukan gergaji elektrik di pangkal tiang lampu itu., Namun Mat tidak bergerak pun untuk turun. Dipanggilnya pihak polis, "Mat turun Mat! "teriak seorang sarjan polis, kalau engkau tak turun nanti kami bom tiang ini dan engkau akan mati! Turun Mat! . Mat tidak turun-turun juga. 

Lama-lama pengarah hospital pergi berjumpa dengan Man, seorang teman Mat dalam wad gila itu kalau-kalau dia boleh membantu. "Man! Harap-harap Man boleh tolong turunkan Mat dari atas tiang lampu"Tolonglah Man ya! 

Jawab Man "Ohhh! ! Itu senang saja" Lalu Man dibawa kepada tiang lampu itu. 

Setibanya di situ, pengarah hospital pun berkata, "Man! Man nak pilih alat yang mana? Sama ada gergaji atau pun bom itu. "Ahh! Man nak gergaji! " 

Baiklah! Ambillah gergaji itu. Lalu Man mengangkat gergaji dan mengacu-acukan pada pangkal tiang lampu itu. Man pun berteriak, Hoi Mat! ! Hang turun, kalau hang tak turun aku tebang tiang lampu ni! Hang turun lekas! 

Mendengarkan amaran itu Mat yang berada hampir 3 jam di atas tiang itu pun turun dengan pantas lalu ditangkap oleh para petugas hospital. Pemberita pun datang menemubual Mat. "Kenapa Mat turun bila Man datang sedangkan bomba dan polis datang Mat tak turun? 

Jawab Mat; "Polis ker bomba ka, depa tak akan buat! Tapi Man ni apabila dia kata lagu tue dia akan buat sungguh sebab Man tue GILA! 

-------------------------------------------------------------------------------- 
MORAL: Apabila anda bersungguh-sungguh membuat kerja, jangan hairan nanti ada orang yang mengata bahawa anda 'gila' walaupun anda sebenarnya lebih siuman atau lebih sedar berbanding orang yang makan gaji buta. Selalunya bila anda keluar dari norma (norms) atau kebiasaan, anda akan dianggap gila. Contohnya jika lelaki lain asyik main dam haji di kedai kopi tapi anda duduk di rumah asyik memelihara ayam, anda mungkin dianggap seorang gila. Kerana itu jangan hairan bila melihat ada orang gila yang lebih siuman berbanding diri anda sendiri.

Cita-Cita Seman bin Leman

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka. 

Abu berdiri dan berkata, "Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya". 

"Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?", tanya cikgu. 

Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, "Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel". 

"Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?". 

Seman berdiri dan berkata, "Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya...". 

Pandai... Pandai..... Anak saper le ni.

Kisah Ujang

Abu nih org Terengganu, manakala Amer ni org Kedah. Tinggal satu bilik.. katil double decker.. Amer kat atas.. Abu kat bawah. Amer ni suker baca majalah dan komik.. si Abu lak suka pinjam.. belinya tidak. So, Amer ader sedikit bengang ler kat Abu ni. Kekadang.. majalah yg baru beli dan tak sempat nak baca lagi pun Abu dah kebas baca dulu.. bila kasi balik dah lasam dah.. tension Amer. 

One day, Amer balik dari outing dan beli majalah UJANG. Siap cover tak kasi Abu ni nampak. Lepas basuh baju, kemas sedikit sebanyak dan siapkan homework.. dia pun nak rilek ler kat atas katil. Majalah UJANG bawah tilam pun dia bawa keluar. Elok jer dia baring.. baru buka mukasurat pertama.. Abu kat bawah dia bersuara.. 

" Amer.. nok ujang.." 

"Nanti la jap.. aku baru jer nak baca.." jawab lembut jer Amer. 

"Ameer.. nok ujang tu" Abu tak putus asa. 

" Nanti la dulu.. bagi la aku baca dulu.. nanti abih aku bagi kat hang laa!" panas sikit Amer. 

"Amer! Nok ujang!! " Suara Abu sedikit keras. 

"Hang ni dah melampau.. kalau nak beli sendiri la.. apa.. hang ingat aku beli UJANG ni dengan duit bapak hang ka??" Amer dah naik angin.. siap turun dari katil dia dah. 

"Laaa.. aku kata tu.. haghi nok ujang tu.. mung basuh kaing.. kekgi basoh.." kecut jer Abu jawab.. 

Drumm.. hujan.. hehehe

 -------------------------------------------------------------------------------- 
MORAL: Kawan yang sejati akan mengingatkan kita agar jangan leka.