Jom bunuh setan

Seorang lelaki berusia lima puluhan tahun baru sahaja kematin isteri akibat penyakit kronik. Kemudian datang beberapa tawaran dari orang tertentu menawarkan beberapa perempuan untuk dijadikan isteri baru dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu berkahwin semula memandangkan anak-anaknya sudah besar malah tinggal jauh di bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan, minum, sakit, pening si duda itu. 

Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam-dalamnya dia pun bersetuju untuk berkahwin. 

Selepas memilih dan beberapa orang calon isteri yang ditawarkan oleh orang kampung maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan yang agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh tahun. 

Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti pengantin baru yang lain...... 

Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang khamis mengikuti kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan dengan pensyarah jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampung tersebut. 

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut. "Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh kannn...abang kann...dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan". Kata si suami "yerr kerr...Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai utuk bunuh syaitan kann.., betul tak sayanggg..." sambil ketawa. Isteri hanya tersenyum panjang. 

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata "banggg..., jom kita bunuh syaitan...bang". Si suami tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan...bang". "tak pe...tunggula malam". Esoknya si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan...bang". Si suami diam sambil mengangguk lemah. 

Esoknya si isteri berkata "banggg.., jom kita bunuh syaitan... ". 

Si suami tiba-tiba marah dan berkata .......... "Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang.."

Peribahasa alaf baru

Peribahasa yg perlu dikongsi 

Peribahasa: Seperti anjing jantan dgn anjing betina. 
Maknanya: Dua orang yg pantang bertemu...asek nak beromen aje. 

Peribahasa: Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ketaik jugak dia hinggap. 
Maknanya: Orang kalau dah perokok tu...kalau dia berenti....akhirnya dia gerenti start balik punyer. 

Peribahasa:Sepandai-pandai tupai melompat, tak pernah masok ke sukan Olimpik jua. 
Maknanya: Jangan macam bagus....pasal yg macam bagus tu selalunya tak bagus.

Peribahasa: Biar putih tulang jgn putih muker. 
Maknanya: Kalau surat beranak dah letak orang Melayu jgn eksen nak jadi Mat Salleh plak... be proud of what you are. 

Peribahasa: Kalau tidak ader angin masakan satu LRT boleh bau busuk? 
Maknanya: Ada orang kentotlah tu... 

Peribahasa: Seperti kacang luperkan mamak kacang putih. 
Maknanya: Orang yg tak sedar diri....tak kenang jasa baik orang yg muler-muler memfofularkan dia. 

Peribahasa: Ader udang di sebalik udang lain 
Maknanya: Jgn sangka yg duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang....check betul-betul, mesti ader sorang lagi kat bawah ke....kat tengah ke...tengah baring ke. 

Peribahasa: Biar mati anak jgn mati pucuk 
Maknanya: Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak......btol tak? 

Peribahasa: Sudah jatuh ditimpa piano 
Maknanya: Nasib malang yg tak agak-agak. 

Peribahasa: Hidung tak mancung, gigi pulak yang mancung. 
Maknanya: maknernyer . . . 

maknernyer................ 
maknernya................. 
maknernya................. 
maknernya................. 
maknernya................. 
maknernya................. 
maknernya................. 

Jangan nak tersengeh-sengeh kat depan PC...... 
Pergi lah buat kerja!!!!!...:D :D :D Secantik bunga..semanis madu..jauh melangkah..ingat Pesan IBU..sekeras kerikil semangat harus JITU.. 
Life is wonderful.. enjoy your life b4 sadnes come to your life.

Dihantui roh si mati

Kisah berlaku hasil cerita seorang kawan yg pernah digangu roh abgnya selepas 3 hari mati. Dia kata abgnya mati sebab kena 'main' org. Aku pun tertimbul idea cakap yg aku rasanya tahu mesti roh abg dia tak aman. maka dia pun bercerita... 

As usual kekadang org cina nih suka masok kubur dgn harta diaorg. So, abg dia dgn handset, laptop, PS2 suma sekali ikot masok. Dgn harapan abg dia dpt la mati aman sikit. So, lepas sehari...kemurungan dalam keluarga tuh masih ada. Jadi dgn cara sembahyang je diaorg lupakan kisah tuh. Sampai la ke hari kedua...mereka seolah dihantui roh si mati. Kawan aku cakap dia rasa setiap kali mcm ada sesuatu je yg panggil dia. Tapi dia buat dek pasal takut. 

Sampai la mlm kedua tuh...dia dgr ada org ketuk tingkap dia. Dia takut sangat, terus sambung tidur sambil menekup muka dgn bantal dan anggap semua tuh mimpi karut jer. Sampai ke hari ketiga...satu keluarga mmg rasa seolah olah diperhatikan ke mana sahaja mereka berjalan dlm rumah. Dlm hari tu la kedengaran bunyi org selongkar almari...tapak kaki naik turun tangga...suara memanggil dari tingkat atas. Tapi semua buat dek jer..doakan benda tu berlalu pergi. Sampai le tetiba handset si kawan aku berbunyi...dia angkat terus dan tetiba "Alo..adik yer?" Dia terkejut...dia tgk nombor tuh...mmg sah nombor abg dia. 

Maka dia pun jawab balik "Abg ke?" dan serta merta air mata mengalir sebab dia rindu sangat dgn abg dia. Abg dia pun reply balik "Adik...abg tak boleh lama nih. Abg cuba panggil adik tiap malam..tapi adik tak dgr" Kawan aku menangis je dgr keluhan abg dia..."Adik, abg nak adik tanya dekat mak" kata abgnya. "Apa dia bang?"Kata kawanku. 

"Tanya mak...mana dia simpan charger hp abg? letih carik tak jumpa plak~"

Pesanan dari isteri

Seorang penumpang lelaki menaiki bas untuk ke bandar.. jari tangan kanannya seakan mengembang seolah-olah mencengkam sebiji bola. Kalau ada goyangan dan terlanggar oleh penumpang yang turun dia pasti mengelaknya dan berhati-hati. 

Penumpang lain berfikir bahawa mungkin tangan kanannya itu sakit atau cacat. Tak lama kemudian tangan kirinya ditangkupkan untuk membentuk ukuran yang sama seperti yang kanan. Setelah selesai tangan kanannya disandarkan dan kelihatan seperti biasa, digantikan pula dengan tangan kiri yang nampak seperti memegang bola. 

Penumpang lain jadi kehairanan. Kenapa orang ini. Tangan kanannya ternyata tidak sakit atau cacat... Lalu setelah sampai di stesen bas… lelaki tersebut pun hendak turun... Lalu ada seorang penumpang memberanikan diri untuk bertanya. 

"Bang.. kenapa tangan kiri abang tuu.. sejak dari tadi macam memegang bola.. tangan abang sakit ker..?!!". 

"OOOOoo yang ini ya… sebenarnya saya membawa pesanan isteri saya untuk membeli bra dan ini adalah ukurannya...” kata lelaki tersebut sambil mengangkat tangan kirinya 

Lelaki tersebut dan penumpang lainnya hanya melopong sambil berdesis "Oooo ...." 

sanggupkan anda menunaikan pesanan mcm nie hehehe